` No ripping! ?
~Copyrighted~
<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4454198071829438740?origin\x3dhttps://coratcoretkobishijau.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="//www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3342137182431318387&amp;blogName=piinkygirl&amp;a%0A%0Amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;am%0A%0Ap;homepageUrl=http://piinkygirlx3.blogspot.com/&amp;searchRoot=http://piink%0A%0Aygirlx3.blogspot.com/search" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
Friday, June 1, 2012


Nazriel memandang adiknya dengan pandangan pelik. Cadangan luar alam adiknya memang tak masuk dek akal waras pemikiran orang yang waras. Dipandang wajah Ma dan Pa. Wajah  Nazrul yang tenang itu juga di pandang. Nazrin yang duduk di sebelah Nabilah di pandang meminta bantuan. Nazrin hanya membalas pandangannya dengan sengihan. Nabihah di hadapannya hanya senyap mendengar  perbalahan antara Alongnya dan adik bongsunya.  Gila pekename adik aku ni? Mintak benda yang tak masuk dek akal sungguh. Pening dia memikirkan permintaan Nabilah.
  “Baby, your sure ‘bout this?” dia bertanya lagi meminta kepastian. Jatuh rahangnya sebentar tadi mendengar adiknya mahu menjadi sales girl di salah satu cawangan AFH.
  “Yes I’m sure. You don’t have too worry lah Along. Baby still waras lagi.” Dengan yakin Nabilah menjawab. Wajah Alongnya dipandang dengan senyuman di bibir.
  “Pa, Ma are you okay with this permintaan luar alam dari Baby ni?” Nazriel masih tidak percaya yang Pa dan Ma boleh bersetuju dengan permintaan adiknya.
  “Pa tak ada masalah. Ma pun tak ada masalah. Dari kita biarkan Baby buang masa, lagi baik kita suruh dia kerja kat AFH.” Dengan tenang Encik Zackary menjawab. Dia tahu anak sulungnya itu tidak setuju dengan permintaan anak bongsunya. Tapi bagi dia, tak salah jika gadis itu mahu belajar selok belok menguruskan syarikat mereka.
  “ Kan Baby study lagi. Biar dia study je Pa. Along tak nak nanti result dia jadi entah apa-apa je. Lagi pun kalau dia nak sangat kerja, biar dia kerja kat Bella Honey je pa. Lagi bagus. Tu kan kedai dia.” Balas. Nazriel.
  “ Kak Anne, pujuk lah Along. Baby nak kerje kat AFH.” Wajah kakak iparnya di pandang sayu.
  “Aik? Akak pun terlibat sekali ke dalam hal ni?” tanya Andria  sambil menggelengkan kepala.
  “ Yes! Akak kan isteri Along. Kalau cakap Pa dia tak nak dengar, cakap Ma pon, akak je lah yang boleh pujuk Along.”
  “Bie, bagi je lah Baby kerja kat AFH. Kesian Anne tengok dia.” Pujuk Andria.
  “Nie, you’re joining this too?” tanya Nazriel. Ah sudah. Isteri aku pun dah involve. Kepala yang tidak gatal digaru. Bingung dia memikirkan permintaan adiknya.
 “ Long, bagi je lah budak kecik ni kerje kat AFH. Biar dia belajar dari bawah. Kalau dia kerja kat Bella Honey, semua orang tau dia bos, tapi kalau kat AFH rasanya tak ada yang tau dia anak Pa and adik kita.” Nazrul yang dari tadi diam sudah membuka mulut.
 “ Ngah, Angah pun sokong idea luar alam si Baby ni?” kepala kini digelengkan. Tidak percaya kata-kata yang keluar dari mulut Nazrul.
  “ Yelah Long, bagi je lah budak kecik ni kerje kat AFH. Bella ade a good taste  in fashion kan. She can be a real asset kot.” Nabihah pula mencelah.
   “Uda? You to?” kepala yang tidak gatal digaru. Aish, tambah lagi supporter budak kecik ni. Wajah Nazrin yang tersenyum sumbing dipandang. Meminta pertolongan.
    “ Up to them lah Along. Achik on je” Nazrin tersengih. Argh! Aku sorang je ke yang rasa benda ni luar alam yang tersangat?
    “ Kak Aie, Do you think that this is such a bad idea?” Nabilah memandang Aishah yang duduk di sebelah Angahnya.
    “ To be honest, I actually think that this is a brilliant idea.” Aishah menjawab soalan adik iparnya.
      Great! Everybody is on her side. “Fine! Kalau semua dah setuju, I don’t have a choice do I?” dengan geram  Nazriel memandang wajah ahli keluarganya.
     “Yes! So I can work at AFH?” Nabilah sudah terjerit. Gembira dengan persetujuan Alongnya.

   “Okay semua, saya nak kenalkan pekerja baru kita, Nabilah. Nabilah sila kenalkan diri awak” Nabihah memperkenalkan adiknya kepada pekerja-pekerja AFH.
  “Hai semua. Nama saya Nabilah. Tapi boleh panggil saya Nab je.” Nabilah tersenyum manis. Dikerling Udanya dengan ekor mata.
   Kening Nabihah terangkat. Nab? Honestly? Can it be anymore kampong? Nyaris sahaja dia gelak guling dengar nama yang adiknya sebut.
  Nak gelak lah tu. Tengok lah apa Baby buat balik ni. Your going to pay! Udanya dipandang dengan pandangan membunuh.
  Haila Baby, Baby. Tak payah lah nak pandang Uda dengan pandangan membunuh Baby tu. Apa ingat Uda takut ke?

 
  “Hai. Kau budak baru eh?” Nabilah yang sedang lincah menyusun baju ke rak mengangkat muka. Gadis yang dalam usia awal 20-an di hadapannya dipandang. Kepala dengan perlahan dianggukan.
   “ Aku Salmi. Tapi kau boleh panggil aku Kak Sal. Aku manager kat bahagian ni.” Salmi menggenalkan dirinya. Tidak ada segaris pun senyuman menghiasi wajah itu.
   “ Saya Nabilah. Panggil je Nab.” Senyuman di hadiahkan. Tangan kanan di hulurkan untuk bersalam.
    Salam yang di hulurkan disambut sepi. Secara spontan tangan dijautuhkan ke sisi. Wajah di tahan agar tak berubah riak.
    Peh! Sombong tahap petala lah shail. Manusia macam ni pun wujud dalam dunia ni ke? Dengan senyuman yang masih menghiasi bibir, Nabilah menyambung kerjanya yang terkendala.
   “ Hey, aku tak habis cakap lagi dengan kau.” Suara Salmi memberhentikan pergerakan tangan yang sudah menyambung kerjanya.
   “ Ye, apa lagi kak? Saya ada kerja nak buat ni. Kalau saya tak buat nanti bos kata saya makan gaji buta lak.” Dengan suara yang cuba ditenangkan Nabilah bersuara. Aish, sabar Bella, sabar. Jangan hilang your kesabaran yang memang sikit gila tu. You do not want to cause trouble on your first day Bell.
  “Aku just nak cakap yang kau kene hormat aku sebagai senior dan jugak manager kat sini. Faham?” Tanya Salmi apabila dia lihat gadis di hadapannnya hanya senyap tanpa reaksi. Toya je muka budak ni. Memang aku menyampah betul lah dengan orang macam ni.
  “Ok kak. Ada apa lagi yang akak nak cakap kat saya? Sebab kalau tak saya nak sambung balik kerja saya yang dah tertangguh tadi. Lagi pun tu ha, Encik Nazrin tengah pandang sini” Nabilah berkata sambil memuncungkan bibir ke  arah Nazrin.
   “ Hmm. Yelah. Dah sambung kerja kau tu.” Salmi berkata sambil berjalan meninggalkan Nabilah.

   “Hey kiddo!” suara yang menyapa tidak dihiraukan. Aish apa mamat ni buat kat sini? Tak ada kerja lain apa nak menyebuk kat sini.
   “Aik? Sombongnye dengan Achik? Asal ni? Hmm?” Nazrin menegur lagi apabila adiknya tidak membalas. Sakit ke apa budak ni? Tak pernah pernah nak senyap bila aku panggil kiddo. Haila. Sah adik aku ni kena sampuk.
  “ What do you want old man? You do know that you are not suppose to know me right?” tanpa memandang wajah abangnya Nabilah berkata perlahan.
  “Owh. Is that the reason why you are ignoring my present right now?” tanya Nazrin perlahan. Hanya anggukan yang di terima dari adiknya. Man since when is she a person of a few words? Sakit, sakit. Kepala di gelengkan perlahan.
  “Okay. Achik got to go. Nanti lunch kita sama sama eh?” tanpa menunggu jawapan dari adiknya dia sudah beredar dari jabatan adiknya.
  “A..” Nabilah baru sahaja ingin membantah bila dia melihat Achiknya sudah melangkah pergi. Aish! Aku nak makan dengan budak budak department lah. Ini boleh menimbulkan stress yang terlampau. Kepala digelengkan. Achik. Achik. Suka suki hati strawberry dia je nak suruh aku lunch dengan dia. Lain tahun lah bro.
  

    Nasi goreng kampong kesukannya di bawa ke mulut. “Nab..” panggilan Ifti memberhentikan suapan nasinya. Kening sebelah di angkat, isyarat supaya Ifti menyambung kata-katanya.
   “Kau tak nak tanya kitorang pasal pekerja-pekerja kat AFH?” Nadia di sebelah bertanya bagi pihak temannya.
  “Hmm? Aku tak ada benda nak tanya. Tapi kalau korang nak share aku on je” balas Nabilah sambil menyambung suapannya yang terkendala.
  “Kau nak tau pasal siapa dulu?” tanya Nadia. Hmm..Nak tanya pasal siapa ek? Hah! Tanya pasal Kak Salmi lah. Curios giler aku dengan dia.
  “Pasal Kak Salmi boleh?” tanya Nabilah setelah agak lama mendiamkan diri.
  “Kak Salmi?” serentak Ifti dan Nadia bertanya. Apekehal lah pulak minah dua orang ni. Aku tanya pasal Kak Salmi je. Tu pun nak terkejut tahap tak ingat ke? Pelik-pelik.
  “Kau nak tau pasal Kak Salmi? Kenapa dalam banyak-banyak pekerja kat AFH kau nak tanya pasal dia?” Ifti bertanya.
  “ Asal? Dia ada something ke?” perasaan ingin tahu kian membuak. Aish. Ada secret ke Kak Salmi ni? Confuse aku macam ni.
  “ Tak ada lah. Cuma banyak budak yang tak suka dengan dia. Sebab dia tu argg! Annoying giler tahap tak ingat lah.” Nadia pula yang menjawab. Ifti mengiakan kata-kata temannya.
    Kening Nabilah terangkat tinggi. That was something predictable. I mean, aku yang selalunya tak kisah dengan semua orang boleh menyirap dengan dia, apa lagi orang lain.
    “ Why? Apa yang dia dah buat?” pertanyaan Nabilah Hani menyebabkan Ifti Dan Nadia bertukar pandangan.
    “ Kau dah jumpa belum Encik Nazrin?” wajah Nabilah yang putih bersih dipandang. Ingin melihat riak wajah teman barunya itu.
    “Yang tadi pakai baju kemeja hitam tie putih tu ke?”  pertanyaan Nabilah di jawab denagn angggukan oleh kedua-dua gadis itu.
    “ So? Apa kena mengena antara Kak Salmi dengan Encik, apa nama dia tu…?”  apa kena mengena minah tu dengan Achik? And kenapa aku sorang je yang takk tau pasal ni?
    “ Masa Encik Nazrin baru join AFH dulu, dia rapat dengan Kak Salmi. Tapi Kak Salmi tu perasan je lebih. Dia ingat Encik Nazrin tu suka kat dia padahal, Encik Nazri angap dia macam kawan bias je. Lepas tu dia boleh pergi jaja cerita cakap yang dia dengan Encik Nazrin tu dah couple. Lepas tu terus Encik Nazrin tak layan dia.And that's the end of the story kenapa ramai orang tak suka kak Salmi. Ada faham?" penjelasan Ifti menyebabkan Nabilah menjulingkan mata. So like Achik to be like that. Bila dah sayang somebody to, memang tu je lah kekasih dia Untung betul kak Ara dapat boyfriend macam Achik.
     
 




love notesx3 10:27 AM


Friday, May 25, 2012


                                             Ni adalah my first art work...
                                     Sorry for the many mistake in the story..
                                     hope you guys will enjoy this first work..

        Mellisa pantas berlari menaiki tangga menuju ke biliknya. Sampai sahaja di dalam bilik, dia terus menghempaskan batang tubuh ke tilamnya yang empuk. Bantal di tarik menutupi muka. Air mata yang tadinya di tahan pantas menggalir turun ibarat air turun Nigeria. Bantal yang tadinya kering kini sudah basah dengan air mata.
        ‘Kenapalah aku ni bodoh sangat? Tak mungkin itu adalah dia! Dia dah lama tak ada. Aku sendiri Nampak dengan mata kepala sendiri yang orang itu telah membunuh dia.’ Mellisa memarahi dirinya sendiri.
         Rasa sedih dan menyesal datang mengisi hatinya. Sedih kerana dia sendiri tahu yang ‘dia’ yang difikirkan masih hidup, adalah satu perkara yang mustahil. Menyesal kerana dia terlalu mengikut perasaannya sehinggakan dia akan memalukan dirinya sendiri esok. Tapi apakah daya, nasi sudah menjadi bubur.
         Peristiwa pahit yang menimpanya lima tahun lepas masih segar di ingatan. Seolah-olah peristiwa hitam itu baru berlaku semalam. Peristiwa di mana dia di culik dan hampir menjadi mangsa nafsu serakah iblis yang bertopengkan manusia.
         Dia ingat lagi , dia telah di culik sewaktu berusia dua belas tahun sewaktu menunggu seseorang untuk menjemputnya. Dua tahun dia dijadikan pengemis, meminta sedekah untuk lelaki yang menculiknya itu. Dua tahun yang penuh dengan penderitaan. Satu memori yang ingin dia lupakan namun tetap terpahat kukuh dalam ingatan. Akibat kenangan pahit inilah malamnya seringkali ditemani mimpi ngeri. Terasa seolah-olah dia telah krmbali ke peristiwa pahit tersebut. Ingin sahaja dia menghentakkna kepalanya ke didnding dengan harapan kenangan itu akan luput dari ingatan.
        Dua tahun dia keseorangan. Memang di akui, banyak lagi kanak-kanak lain yang sebaya dengannya yang turut di culik. Namun dia takut untuk merapatkan diri dengan mereka kerana dia tahu, mereka pasti akan di jual dan meninggalkan dia keseorangan kembail.
        Sudah dua tahun dia di culik. Kini usianya sudah mengijak empat belas tahun, namun badannya masih tidak berubah. Masih seperti tubuh gedis yang berusia dua belas tahun. Sudah berpuluh kanak-kanak yang di kenal sepanjang dua tahun di pondok buruk itu. Hanya dia yang masih kekal di sini.
         Satu hari, si penculik pulang dengan seorang remaja lelaki. Badannya tegap, tinggi. Mukanya yang kacak tetap terserlah walaupun mukanya di tutupi  oleh rambut dan peluh.
          Mellisa terpana sebaik sahaja terpandangkan wajah kacak remaja itu. Lagi dia terpana apabila mata lelaki itu bertembung dengan matanya. Sebuah senyuman di hulurkan tanda persahabatan. Senyuman dib alas dengan senyuman tawar.
           Semenjak dari detik itu, bermulalah sebuah ikatan persahabatan antara Mellissa dan Adam, remaja lelaki itu. Adam yang selalu tersenyum meski telah di kerah melakukan pelbagai kerja berat. Adam yang sentiasa di sisi. Adam, si kawan. Adam si musuh. Adam si abang. Adam racun dan Adam jugalah penawar.
          Adam adalah teman pertamanya semenjak dua tahun dia di pondok buruk itu. Seseorag yang sentiasa tenang dan menenagkan. Dia sayang Adam lebih dari sekadar teman. Dan dia tahu, bukan dia seorang sahaja yang mempunyai perasaan sebegitu.
           Masa-masa yang di laluinya kini adalah detik-detik yang dia pasti tidak akan lupakan. Dari hidupnya yang dia sendiri benci, kini berubah 360 darjah hanya kerana kehadiran lelaki itu.
           Namun sayang, detik-detik yang di harapkan berkekalan hancur berkecai begitu sahaja. Peristiwa yang pahit–sepahit hempedu-itu telah meragut kebahagiaan yang baru dikecapi.
           Pada satu malam, si penculik pulang ke pondok buruk itu dalam keadaan mabuk. Mellisa yang seperti biasa, gemar menghabiskan masanya di tepi jendela sementara menunggu Adam tidak sedar dengan kehadiran lelaki jahanam itu. Dia pantas berpaling ke belakang apabila terasa ada sepasang tanggan memegang kedua-dua belah bahunya.
           Senyuman  manis yang ingin diberi kepada Adam, lenyap apabila menyedari pemilik tangan itu bukan orang yang di nanti. Mata yang selalunya bercahaya dengan sinar kegembiraan, kini telah diganti dengan sinar ketakutan. Senyuman lelaki itu makin menambahkan ketakutan yang memang sudah bersarang di hati. Nafas penculik itu busuk dengan bau alkohol.
          Dengan kasar tubuh gadis itu di tolak ke lantai. Mellisa meronta. Namun apakah daya seorang gadis remaja jika hendak dibandingkan dengan kudrat seorang lelaki dewasa. Pipi Mellisa ditampar kasar. Terasa pijar pipinya akibat ditampar. Penculik itu semakin mengganas. Baju lusuh yang menutupi tubuh kecil Mellisa direntap mengakibatkan bajunya koyak dibahagian lengan dan di sebahagian dadanya.
           Baru sahaja si penculik ingin menangalkan seluar yang dipakai oleh Mellisa, tubuh lelaki itu sudah jatuh ke tanah. Mata di halakan ke arah si penyelamat. Mata yang kabur dengan air mata tidak menghalangnya dari melihat wajah Adam. Mata yang yang tadi penuh dengan api kebencia terus bertukar tenang apabila terpandangkan keadaan Mellisa.
            Baju lusuh yang dipakai olehnya ditanggalkan dan di hulurkan kepada Mellisa. Mellisa pantas menyarung baju itu ke tubuh bagi menutupi tubuhnya yang separuh terdedah.
            Baru dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Adam, tubuh lelaki itu sudah rebah jatuh ke lantai. Pergaduhan dan pergelutan berlaku antara Adam dan si penculik. Di saat  Adam hampir berjaya memenangi pergaduhan itu, botol arak di hentak kuat ke kepala Adam. Botol itu pecah, dan darah pekat mengalir keluar dari kepala Adam. Remaja itu rebah ke lantai dengan keadaan tidak sedarkan diri.
             “Adam!” Mellisa menjerit perlahan melihat keadaan Adam. Dengan segala kudrat yang masih tinggal di merapati tubuh Adam. Tubuh remaja itu digoyangkan perlahan, dengan harapan adam akan menyedarkan diri.
             “ Tepilah budak!” tubuh kecil Mellisa di tolak kasar oleh si penculik. Tanpa amaran, si penculik mengangkat tubuh Adam dan di bawa keluar dari pondok itu. Mellisa tanpa teragak-agak mengikuti langkah kaki si penculik.
               Mereka semakin lama semakin dalam ke dalam hutan. Sampai di suatu kawasan yang mempunyai gaung yang agak dalam, lelaki itu berhenti. Kepala di toleh ke kanan dan ke kiri. Memastikan yang tidak ada orang lain di sekitar kawasan itu. Bila pasti tiada orang lain selain dirinya di situ, dengan pantas tubuh Adam di campakkan ke dalam gaung tersebut. Dia memandang ke dalam gaung, mungkin untuk memastikan keadaan Adam. Beberapa ketika kemudian, lelaki jahanam itu pun meninggalkan kawasan tersebut.
               Sebaik sahaja penculik itu beredar, Mellisa pantas keluar dari tempat persembunyiannya. Dengan perlahan dia berjalan mendekati gaung tersebut. Air mata yang tadi sudah berhenti, mengalir lagi. Malahan lebih deras dari yang tadi. Dari atas, dia dapat emlihat samar-samar tubuh Adam. Dia pasti tubuh itu sudah tidak bernyawa lagi.
               Dengan perasaan sedih dan kecewa, dia meninggalkan tempat itu. Saat melangkah pergi dari kawasan itu baru dia tersedar yang dia telah bebas dari cengkaman iblis bertopengkan manusia itu. Pantas dia berlari, mencari jalan keluar dari hutan tersebut. Hampir dua jam dia berlegar-legar tanpa arah tujuan sehingga akhirnya dia menumpai jalan keluar dari hutan itu.            Terjerit salah seorang wanita separuh abad yang mungkin dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat subuh berjemaah akibat melihat keadaan bajunya yang di penuhi darah.
                   Ketukan di pintu biliknya mencantas segala ingatan tentang peristiwa itu dari ranting pohon memori. Air mata yang masih mengalir patas disapu dengan tangan. Engan menunjukan kesedihan yang dialaminya kepada sesiapa pun.
           “Lisa, Lisa okay atau tidak?” suara mama jelass kedengaran di sebalik pintu jati biliknya.
           “Lisa okay mama. Cuma selsema sedikit.” Jawabnya dengan suara yang cuba dikawal.
            “ Baiklah kalau macam itu. Mama dan Mak Som ada masakan Lisa sup ayam. Nanti jangan lupa turun makan pula ya.” suara mama kedengaran lagi. Beberapa detik kemudian, derap langkah kaki kedengaran menuruni tangga.
       Kini sudah hampir lima tahun semenjak kejadian itu berlalu. Dia bersyukur kepada Allah kerana telah menemukannya semula dengan keluarga kandungnya. Selama ini dia sering berfikir yang ibu bapanya tidak sayang kepadanya kerana mereka tidak pernah mencari dirinya. Namun ternyata dia salah. Ibu bapanya sudah berusaha sehabis boleh untuk menjejaki dirinya namun gagal.
      Hampir setahun dia menghuni sebuah rumah anak-anak yatim. Dan pada suatu hari, takdir telah membuka pintu hati Mak Su nya, adik bongsu kepada papa Mellisa, yang telah lama berkahwin namun masih belum mempunyai rezeki untuk mempunyai zuriat. Mak Su nya telah datang ke rumah itu dengan hajat untuk mendapatkan seorang anak angkat.
     Ibu saudaranya it terus berlari memeluk dirinya apabila menyedari dirinya adalah Mellisa yang selama ini di cari. Hari itu jugalah merupakan hari dia dipertamukan kembali dengan keluarga kandungnya.
      Dia tekad, besok dia akan menjelaskan pada lelaki itu bahawa segala yang berlaku semalam hanyalah satu gurauan semata-mata bagi menyambut kedatangan lelaki itu.
       Dia memerhati perlakuan gadis itu dari tempat duduknya. Memang dia sudah menjangka, mustahil gadis canti itu adalah Mellisa. Gadis yang dia temui lima tahun dahulu di pondok buruk tempat si penculik menempatkan semua mangsanya. Buktinya, gadis itu mengaku yang segala dalam isi surat yang diberikan semalam adalah gurauan semata-mata.
      Mujur juga dia tidak bertindak terburu-buru dengan menyatakan bahawa dia adalah Adam, lelaki yang dikenali gadis itu lima tahun lalu. Lelaki yang telah menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa nafsu si iblis yang bertopengkan manusia.
      Dia ingat lagi, setalah dia menyedarkan diri, dia berada di bilik hospital. Dia mengetahui bahawa dia di jumpai di dalam semak dengan keadaan kepala berdarah dan tidak memakai baju. Dia telah di selamatkan  oleh sekumpulan pemburu yang kebetulan berburu di kawasan hutan tersebut. Merekalah yang bersusah payah menolongnya mencari keluarga kandungnya. Dan kenangan pahit yang dia ibaratkan sepahit hempedu itu masih segar dalam ingatannya.




love notesx3 6:35 AM




Disclaimer
No ripping
No spamming
No vulgarities
Tags appreciated
Haters > [x]


ME
Photobucket

Age :
School :
Contact : [x] or [x]

Loves
God
Him
Friends
kitty my cat
Sleep
Eat
Anything tat is Green Tea



Taggies


Chatboxs here~

Music
Music

PAST-Tense
May 2012
June 2012


Linkies


friend
friend
friend
friend
friend
friend

Credits

S Do not edit credits. Thanks. =D

Designer :ME