
Friday, May 25, 2012

Ni adalah my first art work...
Sorry for the many mistake in the story..
hope you guys will enjoy this first work..
Mellisa pantas berlari menaiki tangga
menuju ke biliknya. Sampai sahaja di dalam bilik, dia terus menghempaskan
batang tubuh ke tilamnya yang empuk. Bantal di tarik menutupi muka. Air mata
yang tadinya di tahan pantas menggalir turun ibarat air turun Nigeria. Bantal yang tadinya kering
kini sudah basah dengan air mata.
‘Kenapalah aku ni bodoh sangat? Tak
mungkin itu adalah dia! Dia dah lama tak ada. Aku sendiri Nampak dengan mata
kepala sendiri yang orang itu telah membunuh dia.’ Mellisa memarahi dirinya
sendiri.
Rasa sedih dan menyesal datang mengisi
hatinya. Sedih kerana dia sendiri tahu yang ‘dia’ yang difikirkan masih hidup,
adalah satu perkara yang mustahil. Menyesal kerana dia terlalu mengikut
perasaannya sehinggakan dia akan memalukan dirinya sendiri esok. Tapi apakah
daya, nasi sudah menjadi bubur.
Peristiwa pahit yang menimpanya lima tahun lepas masih
segar di ingatan. Seolah-olah peristiwa hitam itu baru berlaku semalam.
Peristiwa di mana dia di culik dan hampir menjadi mangsa nafsu serakah iblis
yang bertopengkan manusia.
Dia ingat lagi , dia telah di culik
sewaktu berusia dua belas tahun sewaktu menunggu seseorang untuk menjemputnya.
Dua tahun dia dijadikan pengemis, meminta sedekah untuk lelaki yang menculiknya
itu. Dua tahun yang penuh dengan penderitaan. Satu memori yang ingin dia
lupakan namun tetap terpahat kukuh dalam ingatan. Akibat kenangan pahit inilah malamnya
seringkali ditemani mimpi ngeri. Terasa seolah-olah dia telah krmbali ke
peristiwa pahit tersebut. Ingin sahaja dia menghentakkna kepalanya ke didnding
dengan harapan kenangan itu akan luput dari ingatan.
Dua tahun dia keseorangan. Memang di
akui, banyak lagi kanak-kanak lain yang sebaya dengannya yang turut di culik.
Namun dia takut untuk merapatkan diri dengan mereka kerana dia tahu, mereka
pasti akan di jual dan meninggalkan dia keseorangan kembail.
Sudah dua tahun dia di culik. Kini
usianya sudah mengijak empat belas tahun, namun badannya masih tidak berubah.
Masih seperti tubuh gedis yang berusia dua belas tahun. Sudah berpuluh
kanak-kanak yang di kenal sepanjang dua tahun di pondok buruk itu. Hanya dia
yang masih kekal di sini.
Satu hari, si penculik pulang dengan seorang
remaja lelaki. Badannya tegap, tinggi. Mukanya yang kacak tetap terserlah
walaupun mukanya di tutupi oleh rambut
dan peluh.
Mellisa terpana sebaik sahaja
terpandangkan wajah kacak remaja itu. Lagi dia terpana apabila mata lelaki itu
bertembung dengan matanya. Sebuah senyuman di hulurkan tanda persahabatan.
Senyuman dib alas dengan senyuman tawar.
Semenjak dari detik itu, bermulalah
sebuah ikatan persahabatan antara Mellissa dan Adam, remaja lelaki itu. Adam
yang selalu tersenyum meski telah di kerah melakukan pelbagai kerja berat. Adam
yang sentiasa di sisi. Adam, si kawan. Adam si musuh. Adam si abang. Adam racun
dan Adam jugalah penawar.
Adam adalah teman pertamanya semenjak dua
tahun dia di pondok buruk itu. Seseorag yang sentiasa tenang dan menenagkan.
Dia sayang Adam lebih dari sekadar teman. Dan dia tahu, bukan dia seorang
sahaja yang mempunyai perasaan sebegitu.
Masa-masa yang di laluinya kini adalah
detik-detik yang dia pasti tidak akan lupakan. Dari hidupnya yang dia sendiri
benci, kini berubah 360 darjah hanya kerana kehadiran lelaki itu.
Namun sayang, detik-detik yang di harapkan
berkekalan hancur berkecai begitu sahaja. Peristiwa yang pahit–sepahit
hempedu-itu telah meragut kebahagiaan yang baru dikecapi.
Pada satu malam, si penculik pulang ke pondok
buruk itu dalam keadaan mabuk. Mellisa yang seperti biasa, gemar menghabiskan
masanya di tepi jendela sementara menunggu Adam tidak sedar dengan kehadiran
lelaki jahanam itu. Dia pantas berpaling ke belakang apabila terasa ada
sepasang tanggan memegang kedua-dua belah bahunya.
Senyuman manis yang ingin diberi kepada Adam, lenyap
apabila menyedari pemilik tangan itu bukan orang yang di nanti. Mata yang
selalunya bercahaya dengan sinar kegembiraan, kini telah diganti dengan sinar
ketakutan. Senyuman lelaki itu makin menambahkan ketakutan yang memang sudah
bersarang di hati. Nafas penculik itu busuk dengan bau alkohol.
Dengan kasar tubuh gadis itu di tolak ke
lantai. Mellisa meronta. Namun apakah daya seorang gadis remaja jika hendak
dibandingkan dengan kudrat seorang lelaki dewasa. Pipi Mellisa ditampar kasar.
Terasa pijar pipinya akibat ditampar. Penculik itu semakin mengganas. Baju
lusuh yang menutupi tubuh kecil Mellisa direntap mengakibatkan bajunya koyak
dibahagian lengan dan di sebahagian dadanya.
Baru sahaja si penculik ingin
menangalkan seluar yang dipakai oleh Mellisa, tubuh lelaki itu sudah jatuh ke
tanah. Mata di halakan ke arah si penyelamat. Mata yang kabur dengan air mata
tidak menghalangnya dari melihat wajah Adam. Mata yang yang tadi penuh dengan
api kebencia terus bertukar tenang apabila terpandangkan keadaan Mellisa.
Baju lusuh yang dipakai olehnya
ditanggalkan dan di hulurkan kepada Mellisa. Mellisa pantas menyarung baju itu
ke tubuh bagi menutupi tubuhnya yang separuh terdedah.
Baru dia ingin mengucapkan terima
kasih kepada Adam, tubuh lelaki itu sudah rebah jatuh ke lantai. Pergaduhan dan
pergelutan berlaku antara Adam dan si penculik. Di saat Adam hampir berjaya memenangi pergaduhan itu,
botol arak di hentak kuat ke kepala Adam. Botol itu pecah, dan darah pekat
mengalir keluar dari kepala Adam. Remaja itu rebah ke lantai dengan keadaan
tidak sedarkan diri.
“Adam!” Mellisa menjerit perlahan
melihat keadaan Adam. Dengan segala kudrat yang masih tinggal di merapati tubuh
Adam. Tubuh remaja itu digoyangkan perlahan, dengan harapan adam akan
menyedarkan diri.
“ Tepilah budak!” tubuh kecil
Mellisa di tolak kasar oleh si penculik. Tanpa amaran, si penculik mengangkat
tubuh Adam dan di bawa keluar dari pondok itu. Mellisa tanpa teragak-agak
mengikuti langkah kaki si penculik.
Mereka semakin lama semakin
dalam ke dalam hutan. Sampai di suatu kawasan yang mempunyai gaung yang agak
dalam, lelaki itu berhenti. Kepala di toleh ke kanan dan ke kiri. Memastikan
yang tidak ada orang lain di sekitar kawasan itu. Bila pasti tiada orang lain selain
dirinya di situ, dengan pantas tubuh Adam di campakkan ke dalam gaung tersebut.
Dia memandang ke dalam gaung, mungkin untuk memastikan keadaan Adam. Beberapa
ketika kemudian, lelaki jahanam itu pun meninggalkan kawasan tersebut.
Sebaik sahaja penculik itu
beredar, Mellisa pantas keluar dari tempat persembunyiannya. Dengan perlahan
dia berjalan mendekati gaung tersebut. Air mata yang tadi sudah berhenti,
mengalir lagi. Malahan lebih deras dari yang tadi. Dari atas, dia dapat emlihat
samar-samar tubuh Adam. Dia pasti tubuh itu sudah tidak bernyawa lagi.
Dengan perasaan sedih dan
kecewa, dia meninggalkan tempat itu. Saat melangkah pergi dari kawasan itu baru
dia tersedar yang dia telah bebas dari cengkaman iblis bertopengkan manusia
itu. Pantas dia berlari, mencari jalan keluar dari hutan tersebut. Hampir dua
jam dia berlegar-legar tanpa arah tujuan sehingga akhirnya dia menumpai jalan
keluar dari hutan itu.
Terjerit salah seorang wanita separuh abad yang mungkin dalam perjalanan
ke surau untuk menunaikan solat subuh berjemaah akibat melihat keadaan bajunya
yang di penuhi darah.
Ketukan di pintu biliknya
mencantas segala ingatan tentang peristiwa itu dari ranting pohon memori. Air
mata yang masih mengalir patas disapu dengan tangan. Engan menunjukan kesedihan
yang dialaminya kepada sesiapa pun.
“Lisa, Lisa okay atau tidak?” suara
mama jelass kedengaran di sebalik pintu jati biliknya.
“Lisa okay mama. Cuma selsema
sedikit.” Jawabnya dengan suara yang cuba dikawal.
“ Baiklah kalau macam itu. Mama dan
Mak Som ada masakan Lisa sup ayam. Nanti jangan lupa turun makan pula ya.”
suara mama kedengaran lagi. Beberapa detik kemudian, derap langkah kaki
kedengaran menuruni tangga.
Kini sudah hampir lima tahun semenjak kejadian itu berlalu. Dia
bersyukur kepada Allah kerana telah menemukannya semula dengan keluarga
kandungnya. Selama ini dia sering berfikir yang ibu bapanya tidak sayang
kepadanya kerana mereka tidak pernah mencari dirinya. Namun ternyata dia salah.
Ibu bapanya sudah berusaha sehabis boleh untuk menjejaki dirinya namun gagal.
Hampir setahun dia menghuni sebuah rumah
anak-anak yatim. Dan pada suatu hari, takdir telah membuka pintu hati Mak Su
nya, adik bongsu kepada papa Mellisa, yang telah lama berkahwin namun masih
belum mempunyai rezeki untuk mempunyai zuriat. Mak Su nya telah datang ke rumah
itu dengan hajat untuk mendapatkan seorang anak angkat.
Ibu saudaranya it terus berlari memeluk
dirinya apabila menyedari dirinya adalah Mellisa yang selama ini di cari. Hari
itu jugalah merupakan hari dia dipertamukan kembali dengan keluarga kandungnya.
Dia tekad, besok dia akan menjelaskan
pada lelaki itu bahawa segala yang berlaku semalam hanyalah satu gurauan
semata-mata bagi menyambut kedatangan lelaki itu.
Dia memerhati perlakuan gadis itu dari
tempat duduknya. Memang dia sudah menjangka, mustahil gadis canti itu adalah
Mellisa. Gadis yang dia temui lima
tahun dahulu di pondok buruk tempat si penculik menempatkan semua mangsanya.
Buktinya, gadis itu mengaku yang segala dalam isi surat yang diberikan semalam adalah gurauan
semata-mata.
Mujur juga dia tidak bertindak
terburu-buru dengan menyatakan bahawa dia adalah Adam, lelaki yang dikenali
gadis itu lima
tahun lalu. Lelaki yang telah menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa nafsu
si iblis yang bertopengkan manusia.
Dia ingat lagi, setalah dia menyedarkan
diri, dia berada di bilik hospital. Dia mengetahui bahawa dia di jumpai di dalam
semak dengan keadaan kepala berdarah dan tidak memakai baju. Dia telah di
selamatkan oleh sekumpulan pemburu yang
kebetulan berburu di kawasan hutan tersebut. Merekalah yang bersusah payah
menolongnya mencari keluarga kandungnya. Dan kenangan pahit yang dia ibaratkan
sepahit hempedu itu masih segar dalam ingatannya.